Kebahagiaan....
Bahagia...
Bahagianya....
Bahagia Sungguh....
Berbahagia....
Sangat bahagia...
Bahagia sangat....
Mungkir Bahagia....
Err Hospital Bahagia????
Tiba-tiba terfikir untuk mengulas tentang perkataan BAHAGIA. Apa kah kriteria yang perlu ada bagi mentafsir bahagia?
i) Wang dan kemewahan hidup
ii) Memiliki suami dan anak-anak
iii) Mempunyai kerjaya yang di sukai dan memperolehi pendapatan tinggi
iv) Kebebasan Kewangan (errr Financial Freedom)
v) Ketenangan fikiran
Bagi aku bahagia sebenarnya ada di mana-mana, bergantung pada diri kita sendiri untuk bahagia.
Aku mungkin tak punya wang yang melimpah, tak jugak mampu nak bermewah-mewah tapi aku mampu untuk hidup sederhana dan tak menyusahkan orang.
Aku bujang, tapi aku tak kurang kasih sayang. Mungkin aku tak punya cinta lelaki dan kasih sayang dari anak-anak tapi kasih sayang mak abah dan adik beradik aku melimpah ruah sikit pun tak kurang. Doa yang tak pernah putus untuk keselamatan dan kesejahteraan aku.
Jadi di mana BAHAGIA tu sebenarnya?? Bahagia tu dalam diri kita, minda kita dan hati kita. Apa yang membahagiakan orang lain, tak semestinya membahagiakan kita. Oleh itu, jangan lah kita pandang hidup orang untuk membandingkan kebahagiaan dia dengan kebahagiaan kita, tapi jujurlah pada diri sendiri tentang apa yang benar-benar buat hati kita tenang, kepala tak serabut dan lain-lain perkara yang boleh buat kita tersenyum dan tertawa. Cuma hati-hati lah jangan sampai terlebih bahagia kerana anda mungkin dihantar ke Hospital Bahagia!!!!!
Kepada yang pernah MUNGKIR BAHAGIA...ingat lah yang donia ini bulat...Allah Maha Adil....pembalasan dari-NYA pasti ada...bila..dan bagaimana Wallahu'alam......

No comments:
Post a Comment